http://aliyaiman.blogspot.com/2014/09/blog-post.html
RSS

Monday, September 22, 2014

Apa itu integriti ? 


Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Dari maksud yang didapati dari kamus tersebut, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan boleh berpegang kepada cakapnya.




Rujukan

Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan dan Syed Ismail Syed Mustapa, 2014. Kemahiran

Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kemahiran Literasi Maklumat. Diambil pada 18 September 2014 dari

anwar. (2014, 9 2). Retrieved 2013 2013, 2013, from http://www.anuar2u.com/tips%20belajar.htm

Kemahiran Literasi Maklumat. (n.d.). Retrieved 2014 2014, 2014, from http://kaunselorsmkst.wordpress.com/kemahiran-belajar/



pengenalan

Masalah penglihatan

Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif iaitu dari segi perundangan dan dari segi pendidikan. Dari segi perundangan, masalah penglihatan melibatkan ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan. Dari segi pendidikan pula, masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.

Terdapat dua kategori bagi masalah penglihatan iaitu 'low visison' (penglihatan terhad) dan 'blind' (buta). Bagi kategori low vision, penglihatannya kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan atau pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad masih dapat melakukan tugasan harian dengan menggunakan deria penglihatan. Berbeza dengan kategori buta. Biasanya penglihatannya kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan atau pembetulan biasa. Mereka ini agak sukar melakukan tugasan harian memandangkan mereka tidak dapat melihat.

Faktor-faktor kecacatan
Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas lahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49% kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47% disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit dan 2% disebabkan kemalangan.
Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan juga,masalah ini berlaku adalah faktor baka.
Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar, matanya sensitive terhadap cahaya,bahagian tepi mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi dua imej.
(BAHAGIAN-BAHAGIAN MATA)



KEMAHIRAN BELAJAR YANG CEMERLANG

DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini kerana adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan serta perubahan tingkah laku seseorang.


Dengan kata lain, belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Selain itu, belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.



KUIZ

(1) Apakah yang dimaksudkan dengan belajar cara belajar?
(2) Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. kemahiran itu termasuklah?
(3)Apakah yang dimaksudkan proses metakognitif?
(4) Apakah kepentingan kemahiran belajar?
(5) Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar?

JAWAPAN

(1)Pengertian Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).
(2)-Kemahiran mendengar dengan berkesan.
    -Kemahiran membaca.
    -Kemahiran mencatat nota.
    -Kemahiran menulis.
    -Kemahiran mengingat.
(3) Proses Metakognitif adalah proses merancang,memantau dan menilai.
a. Proses Merancang
Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.
b. Proses Memantauan
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti:
– Apakah soalan yang perlu saya kemukakan?
– Adakah ini membawa makna kepada saya?
– Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
– Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?
c. Proses Menilai
Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
– Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?
– Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya?
– Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?
(4)Meningkatkan daya belajar dan daya intelek, memupuk disiplin pelajar, mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat, meningkatkan daya ingatan, pengurusan masa yang berkesan, memantapkan pembelajaran individu, mencapai cita-cita dan matlamat diri, membina budaya belajar dengan betul dan berkesan dan meningkatkan pencapaian individu.
(5)Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.